Cara Bayar Zakat Online. 4 Langkah je, Mudah!

2020 menjadi tahun paling asing untuk kita semua. Lain dari cara kehidupan tahun sebelumnya. Pandemik COVID19 mengajar kita untuk hidup dengan norma baru.

Tahun ini, tiada bazar ramadan, tiada tarawih di masjid, bayar zakat pun online. Kemudahan bayar zakat online dah lama ada dekat negara kita, cuma kita lebih selesa untuk bayar terus kepada amil yang telah diberikan tanggungjawab.

Namun, dengan keadaan semasa. Kita semua dinasihatkan untuk membayar zakat secara online bagi memastikan penjarakkan sosial seperti mana yang diminta kerajaan Malaysia.

Cara Bayar Zakat Fitrah Online

  • Lengkapkan butiran peribadi pembayar zakat. Pilih cara pembayaran, boleh guna online banking FPX, JOMPAY & Kredit kad
  • Bilangan diri dan tanggungan
  • Teruskan dengan pembayaran. Senang je macam online shopping.
  • Done~ Dah siap!

Selepas semua urusan pembayaran selesai. Paparan seperti berikut akan muncul. Alhamdulillah, selamat sudah menunaikan zakat untuk tahun ini.

WEBSITE RASMI LEMBAGA ZAKAT NEGERI

Leave a Reply